Tentera_Udara_Finland

Tentera Udara Finland (bahasa Finland: Ilmavoimat, bahasa Sweden: Flygvapnet) merupakan salah satu daripada cabang di dalam Pasukan Pertahanan Finland. Antara tugas-tugas semasa aman adalah pengawasan ruang udara, pengesahan penerbangan dan menghasilkan formasi-formasi persediaan untuk persediaan perang.[1] Sebagai sebuah cabang yang berasingan dalam angkatan tentera, Tentera Udara Finland merupakan pasukan tentera udara yang tertua di dunia, yang mana telah wujud secara rasmi sejak 6 Mac 1918[2].