Teori_kawalan

Teori kawalan ialah sains tentang prinsip dan kaedah pengurusan sistem, proses dan objek. Seperti lain-lain bidang sains, teori kawalan mempunyai metodologi dan sokongan metodologinya yang tersendiri. Asas-asas sains pengurusan ialah sibernetik dan teori maklumat. Dalam bidang kejuruteraan dan matematik, teori kawalan ialah cabang antara disiplin yang mengkaji sifat sistem dinamik. Berdasarkan analisis sistem, inti pati utama teori ini ialah model matematik yang memanipulasi input melalui algoritma kawalan bersintesis bagi memperolehi ciri-ciri output yang diingini.[1] Dalam sistem sosio-ekonomi, teori kawalan mengkaji teknik dan kaedah analisis, ramalan dan kapasiti kawal selia pelbagai komuniti manusia (komuniti dunia, komuniti serantau, negara-negara, kumpulan sosio-ekonomi).Ilmu teori kawalan ini telah lama berkembang maju dan digunakan dengan meluas dalam sains, teknologi, perubatan, ekonomi, biologi, ekologi dan sains sosial. Planet Bumi, kereta, manusia, sel, ekosistem dan masyarakat adalah antara contoh sistem dinamik yang mengaplikasi teori kawalan.Antara persoalan utama dalam teori kawalan ialah:Prasyarat untuk jawapan yang tepat bagi persoalan di atas ialah pengenalan model matematik untuk keterangan sistem. Berdasarkan model inilah, teori kawalan membangunkan konsep matematik yang seterusnya serta terma-terma keseimbangan, kebolehkawalan dan kebolehcerapan.