Dalam
termodinamik,
termodinamik kimia merupakan kajian matematik terhadap saling hubungan antara
haba dan
kerja dengan
tindak balas kimia atau dengan perubahan fizikal
keadaan di dalam lingkungan
hukum termodinamik. Termodinamik kimia boleh dianggap sebagai penerapan kaedah
matematik kepada kajian persoalan kimia.Terdapat empat hukum utama dalam bidang
termodinamik iaitu Hukum Termodinamik Kesifar, Hukum Termodinamik Pertama, Hukum Termodinamik Kedua, dan Hukum Termodinamik Ketiga.Struktur termodinamik kimia adalah berasaskan dua
hukum termodinamik yang pertama. Bermula dari hukum pertama dan kedua, empat persamaan yang dipanggil "persamaan asas Gibbs" boleh diterbitkan. Dari empat persamaan ini, banyak persamaan berkenaan ciri-ciri termodinamik sebuah
sistem termodinamik boleh didapati menggunakan matematik mudah secara relatif. Ini menggariskan rangka matematik termodinamik kimia
[1].Antara kuantiti fizik yang dikaji dalam bidang termodinamik kimia ialah kerja, tenaga haba, tenaga dalaman, entropi, tenaga bebas Gibbs.