Terowong_Seikan
Terowong_Seikan

Terowong_Seikan

Terowong Seikan (青函トンネル Seikan Tonneru atau 青函隧道 Seikan Zuidō) ialah sebatang terowong kereta api sepanjang 53.85-kilometer (33.46 mi) di Jepun, dengan bahagian sepanjang 23.3-kilometer (14.5 mi) berada di bawah dasar laut. Aras landasan ialah kira-kira 140 meter (460 ka) di bawah dasar laut dan 240 m (790 ka) di bawah aras laut.[1] Ia melalui bawah Selat Tsugaru—menyambungkan Wilayah Aomori di pulau Honshu dan pulau Hokkaido—sebagai sebahagian daripada Laluan Kaikyō milik Syarikat Keretapi Hokkaido. Nama Seikan berasal daripada gabungan bacaan on'yomi aksara pertama Aomori (青森) dan Hakodate (函館), bandar besar terdekat di belah Hokkaido.Seikan merupakan terowong kereta api terpanjang dan terdalam yang beroperasi di dunia hari ini, walaupun Terowong Dasar Gotthard di Switzerland dijangka akan lebih panjang apabila ia dibuka pada 2016. Ia juga terowong bawah laut terpanjang di dunia, walaupun Terowong Selat antara United Kingdom dan dan Perancis memiliki bahagian bawah laut yang lebih panjang.[2]

Terowong_Seikan

Pemilik Agensi Pembinaan Kereta Api, Pengangkutan dan Teknologi Jepun
Operator JR Hokkaido
Status Aktif
Akhir Hokkaido
Koordinat 41°18′57″N 140°20′06″E / 41.3157°N 140.3351°E / 41.3157; 140.3351Koordinat: 41°18′57″N 140°20′06″E / 41.3157°N 140.3351°E / 41.3157; 140.3351
Panjang landasan 53.85 km (23.3 km dibawah laut)
Nama lain 青函隧道 Seikan Zuidō
Tolok landasan Bercampur
Dibuka 13 Mac 1988
Lokasi Di bawah Selat Tsugaru, Jepun.
Dielektrikkan Ya
Mula Honshu