Terrapene_carolina
Terrapene_carolina

Terrapene_carolina

Lihat teksTerrapene carolina (bahasa inggeris: Common box turtle) ialah spesies Kura-kura Katup yang kini mengandungi enam subspesies. Haiwan ini boleh ditemui di sepanjang bahagian timur Amerika Syarikat dan Mexico. Biasanya Kura-kura katup mempunyai engsel pada bahagian bawah badannya bagi membolehkan ia menarik masuk kesemua bahagian lembut badannya ke dalam cangkerang. Bahagian atas rahangnya panjang dan melengkung.Kura-kura ini bersifat kedaratan dan maserba. Haiwan ini mula bertelur pada musim panas dan kura-kura yang tinggal berhampiran hemisfera utara berhibernasi sepanjang musim sejuk.Populasi haiwan ini semakin berkurangan disebabkan pemusnahan habitat, terbunuh sewaktu melintas jalan dan ada yang ditangkap untuk dijual. Spesies ini dikelaskan sebagai terjejas oleh IUCN Red List. Tiga negei di Amerika Syarikat menamakan mereka sebagai Reptilia rasmi.