Pengelasan Terrapene_carolina

Istilah Terrapene carolina diutarakan oleh Linnaeus pada tahun 1758. Ianya ialah spesies tip bagi genus Terrapene dan mempunyai beberapa subspesies di dalam genus tersebut. Subspesies Kura-kura Katup Timur dicadangkan oleh Linnaeus. Manakala lima subspesies lain mula disenaraikan pada abad ke-19.[3] Satu subspesies yang telah pupus, T. c. putnamii diasingkan.[4]

Subspesies
Negara/KawasanSpesiesNama SaintifikDikelaskan olehTahun
Amerika SyarikatKura-kura Katup TimurTerrapene carolina carolina(Linnaeus)1758
Amerika SyarikatKura-kura Katup FloridaTerrapene carolina bauriTaylor1895
Amerika SyarikatKura-kura Katup TelukTerrapene carolina major(Agassiz)1857
Amerika SyarikatKura-kura Katup Jari TigaTerrapene carolina triunguis(Agassiz)1857
MexicoKura-kura Katup MexicoTerrapene carolina mexicana(Gray)1849
MexicoKura-kura Katup YucatánTerrapene carolina yucatana(Boulenger)1895
Amerika Utara(tiada)Terrapene carolina putnamiO.P. Hay1906

Tanda kurungan pada penama menunjukkan bahawa mereka yang mengusulkan subspesies dari genus selain daripada Terrapene.