Thaler Prusia (kekadang dikenali sebagai
Reichsthaler) ialah
mata wang Prusia sehingga
1857. Sejak
1750, nilainya tidak sama lagi dengan unit akaun
Reichsthaler Jerman utara kerana kandungan logam
peraknya diturunkan daripada 1/12 kepada 1/14 kandungan perak
Mark Cologne, selain daripada ditempah sebagai duit syiling. Perubahan ini dilakukan oleh Philipp Graumann, dengan sistem 14 thaler = 1 Mark dikenali sebagai "Graumannscher Fuß".Sehingga
1821, Thaler Prusia dibahagikan kepada 24 Groschen di negeri
Brandenburg, dengan setiap Groschen bernilai 12
Pfennige. Di
Prusia tengah-tengah pula, ia dibahagikan kepada 3 Gulden Poland = FL =
Złoty Poland, dengan setiap Gulden bernilai 30 Groschen (1 Groschen = 18
Pfennige) atau 90
Schilling. Mata wang Prusia kemudian disatukan pada
1821, dengan Thaler Prusia dibahagikan kepada 30 Silbergroschen, dengan setiap Silbergroschen bernilai 12 Pfennige.Pada
1857, Thaler Prusia digantikan dengan
Vereinsthaler yang telah menjadi mata wang piawai di sebahagian besar
Jerman.