Penerbitan The_Amazing_Race_Asia_3

Pemilihan peserta

Permohonan bagi Musim 3 tamat pada 3 Mac 2008 (dilanjutkan daripada tarikh akhir asal iaitu 25 Februari 2008). Temuduga bagi peserta separuh akhir dan akhir telah dilakukan sekitar Mac atau April 2008. Penggambaran pula dianggarkan telah berlaku pada pertengahan 2008.[3][4]

Peserta musim ketiga kali ini menampilkan pasukan yang mempunyai sepupu dan anak beranak. Seperti musim lepas, perlumbaan kali ini banyak menampilkan personaliti media tempatan atau saudara mereka. Natalie merupakan pemenang Miss Universe 2005 dan juga isteri kepada pemain tenis Thailand, Paradorn Srichaphan.[5] Rakan pasukannya pula, Pailin, merupakan tempat kedua bagi Miss Thailand Universe 2006 dan juga menyertai Miss Earth 2006.[5] Tisha pula bekas teman wanita kepada pengacara Survivor Filipina, Paolo Bediones dan pernah memegang gelaran Miss Philippines tetapi terpaksa meepaskannya kerana beliau masih warganegara Kanada,[6] sementara Ida merupakan pelakon wanita yang terkenal di Malaysia. William dan Isaac pula ialah pengulas sukan dan agen bola sepak bagi pemain profesional dalam Liga-K Korea.[7] Bernie pula ialah pengacara Project Runway Malaysia. Vince merupakan pelawak di Hong Kong, sering membuat persembahan dan mengacarakan The TakeOut Comedy Club Hong Kong, dan juga peserta akhir pertama dari Hong Kong ke pertandingan lawak kebangsaan.[8]

Musim kali ini mempunyai tiga peserta bukan Asia; Natalie, Vince, dan Geoff merupakan rakyat Kanada. Tambahan pula, Sam, berasal dari Singapura, tetapi mewakili Hong Kong dan begitu juga Tisha yang merupakan orang Kanada tetapi berdarah Filipina.

Pemasaran

The Amazing Race Asia 3 mempunyai enam penaja utama, Caltex, MASkargo, Nokia, Singha, Sony dan Standard Chartered Bank.[9] Episod khas yang memperkenalkan peserta bertajuk Racers Revealed telah ditayangkan seminggu sebelum episod bermula, iaitu pada 4 September 2008, sama seperti musim kedua.[1]

Rujukan

WikiPedia: The_Amazing_Race_Asia_3 http://axn-asia.com/schedule/downloads/axn-ea-2008... http://amazing-race-asia.axn-asia.com/ http://amazing-race-asia.axn-asia.com/season2/prom... http://amazing-race-asia.axn-asia.com/season2/prom... http://amazing-race-asia.axn-asia.com/season3/team... http://amazing-race-asia.axn-asia.com/season3/team... http://amazing-race-asia.axn-asia.com/season3/team... http://amazing-race-asia.axn-asia.com/story/377/ http://www.todayonline.com/pdf_open.asp?id=0508MVL... http://showbizandstyle.inquirer.net/entertainment/...