Sinopsis The_Elder_Scrolls_V:_Skyrim

Latar dan watak

Skyrim berlatarkan pada 200 tahun yang lalu selepas peristiwa dalam The Elder Scrolls IV: Oblivion, Walaupun begitu, ia bukan sekuel langsung. Permainan ini bertempat di Skyrim, sebuah wilayah Empayar di benua Tamriel, yang mengalami perang saudara antara dua golongan, Stormcloak dan Imperial Legion. Watak pemain ialah seorang Dragonborn, seorang manusia dianugerahi dengan jiwa dan kuasa seekor naga. Alduin, seekor naga hitam besar yang pulang ke tanah bumi selepas hanyut oleh peredaran masa, merupakan antagonis utama permainan ini. Alduin merupakan naga pertama dicipta oleh Akatosh, dan dinubuat untuk menghancurkan kaum manusia dan menghapuskan dunia.

Plot

Watak pemain merupakan seorang banduan yang akan menjalani hukuman mati. Tiba-tiba, Alduin mengganggu proses dan memusnahkan pekan tersebut sebelum pemain sempat dihukum. Watak pemain melarikan diri dan mengembara ke kota Whiterun untuk meminta bantuan dalam menangani ancaman naga tersebut. Selepas membunuh seekor naga yang berbeza, pemain menyerap jiwa naga tersebut membolehkan pemain menggunakan kuasa jeritan. Pengawal kota Whiterun memberitahu bahawa pemain merupakan seorang Dragonborn. Pemain dipanggil oleh Greybeards, sekumpulan biarawan yang terpencil. Greybeards melatih pemain dalam penggunaan jeritan dan memberitahu pemain akan peranannya untuk menghalang Alduin. Pemain mengetahui bahawa perang saudara Skyrim ialah peristiwa akhir dalam urutan peristiwa kenabian yang diramalkan oleh Elder Scroll, yang juga meramal kemunculan semula Alduin.  

Pemain akan bertemu dengan ahli Blades, sekumpulan pemburu naga. Pemain dan kumpulan Blades bertolak ke Dinding Alduin, sebuah  ukiran kenabian, untuk mengetahui bahawa Nord purba menggunakan jeritan istimewa terhadap Alduin supaya mereka boleh menentangnya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pemain bertemu dengan naga purba Paarthunax, ketua Greybeards. Paarthunax mendedahkan bahawa Alduin dijampi ke masa hadapan dengan menggunakan Elder Scroll dengan harapan bahawa dia tidak akan kembali. Pemain menemui Elder Scroll tersebut dan menjenguk ke ruang masa dan mempelajari jeritan untuk menentang Alduin. Pemain bertarung dengan Alduin, yang seterusnya melarikan diri ke Sovngarde, akhirat dalam kepercayaan Nord, untuk mendapat kekuatan dengan merampas jiwa Nord yang telah meninggal dunia.

Pemain memanggil dan memerangkap seekor naga bernama Odahviing, dan mengetahui bahawa Alduin melarikan diri ke Sovngarde dengan menggunakan portal di sebuah kubu purba dikenali sebagai Skuldafn. Odahviing bersetuju untuk membawa pemain ke Skuldafn, dengan alasan bahawa Alduin menunjukkan dirinya sebagai seorang yang lemah selepas melarikan diri daripada Dragonborn. Pemain masuk ke Sovngarde dan bertolak ke Dewan Valor. Di sana, mereka berjumpa dengan tiga hero dalam legenda Nord yang menumpaskan Alduin pada asalnya. Dengan bantuan mereka, Alduin berjaya ditewaskan buat selama-lamanya.