The_Fox_and_the_Hound
The_Fox_and_the_Hound

The_Fox_and_the_Hound

The Fox and the Hound (Rubah dan Anjing Pemburu) ialah sebuah filem animasi dari Amerika Syarikat yang diterbitkan pada tahun 1981 berdasarkan novel bernama sama yang ditulis oleh Daniel P. Mannix. Ia diterbitkan oleh Walt Disney Productions dan dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 10 Julai 1981. Filem ke-24 dalam siri Filem Klasik Animasi Walt Disney mengisahkan cerita dua sahabat yang tidak berkemungkinan, seekor rubah merah bernama Tod dan seekor anjing pemburu bernama Copper, yang bertungkus-lumus untuk mengekalkan persahabatan mereka walaupun naluri mereka muncul dan tekanan sosial persekitaran menuntut mereka untuk bermusuhan.Filem ini diarah oleh Ted Berman dan Richard Rich dengan menggunakan suara Kurt Russell, Mickey Rooney, Pearl Bailey, Pat Buttram, Sandy Duncan, Richard Bakalyan, Paul Winchell, Jack Albertson, Jeanette Nolan, John Fiedler, John McIntire, Keith Coogan, dan Corey Feldman. Pada masa keluarannya, filem ini merupakan sebuah filem animasi paling mahal yang diterbitkan dengan kos AS$12 juta.[1] Filem The Fox and the Hound 2 juga telah dikeluarkan dalam bentuk DVD pada 12 Disember 2006.

The_Fox_and_the_Hound

Bahasa Inggeris
Cerita oleh Larry Clemmons
Ted Berman
David Michener
Peter Young
Burny Mattinson
Steve Hulett
Earl Kress
Vance Gerry
Berdasarkan The Fox and the Hound oleh
Daniel P. Mannix
Lakon layar oleh Ted Berman
Larry Clemmons
Muzik oleh Richard Johnson
Richard Rich
Jim Stafford
Jeffrey Patch (Lagu)
Buddy Baker
Disunting oleh James Koford
James Melton
Pengarah Ted Berman
Richard Rich
Art Stevens
Penerbit Ron Miller
Wolfgang Reitherman
Art Stevens
Pecah panggung $63,456,988[2]
Mula ditayangkan 10 Julai 1981 (1981-07-10)
Syarikatpenerbitan
Tempoh tayangan 83 minit
Dibintangi oleh Mickey Rooney
Kurt Russell
Pearl Bailey
Sandy Duncan
Pat Buttram
Jack Albertson
Jeanette Nolan
Dick Bakalyan
Paul Winchell
Negara Amerika Syarikat
Pengedar Buena Vista Distribution
Perbelanjaan $12 juta[1]