The_Indian_Express

The Indian Express ialah akhbar harian berbahasa Inggeris India. Ia diterbitkan di Mumbai oleh Indian Express Group. Pada tahun 1999, lapan tahun selepas kematian pengasas kumpulan Ramnath Goenka pada tahun 1991, kumpulan itu dibahagi antara ahli keluarga. Edisi selatan mengambil nama The New Indian Express, sedangkan edisi utara, yang berpusat di Mumbai, mengekalkan nama asli Indian Express, dengan "The" diadaptasi untuk tajuk. The Indian Express diterbitkan di 11 lokasi: Delhi, Jaipur, Mumbai, Nagpur, Pune, Kolkata, Vadodara, Chandigarh, Lucknow, Ahmedabad dan Tirupati.