Penerbitan The_Last_Princess

Pengarah, Hur Jin-ho mengambil keputusan untuk membuat filem tentang Puteri Deokhye selepas menonton sebuah dokumentari tentang beliau dalam televisyen; Kim tidak dapat melupakan babak yang menunjukkan puteri itu bersatu kembali bersama istanawatinya di Lapangan Terbang Gimpo selepas beliau akhirnya dibenarkan untuk kembali ke Korea selepas 38 tahun di Jepun.[3] Lakon layar filem ini ditulis oleh Hur, Lee Han-eol dan Seo Yoo-min berdasarkan novel Princess Deokhye (2009) oleh Kwon Bi-young.[4] Cerita filem ini adalah campuran di antara fakta dan fiksyen dimana Kim Jang-han ialah seorang watak fiksyen. Cerita Puteri Deokhye tidak pernah dijadikan kepada sebuah filem sebelum ini.[5]

Di Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) 2012, projek filem Hur telah dipilih untuk menerima sokongan pembangunan penerbitan bersama dari Majlis Filem Korea. Pra-penerbitan untuk The Last Princess bermula pada tahun 2014. Pada bulan Ogos 2015, Son Ye-jin dan Park Hae-il telah diumumkan akan membintangi filem ini. Son sebelum ini telah bekerja bersama Hur untuk filem tahun 2005, April Snow.[6] The Last Princess dilancarkan pada bulan Oktober 2015 di Pasaran Filem Asia BIFF.[7] Fotografi utama bermula pada 30 November dan selesai pada 23 Mac 2016 dengan penggambaran berlangsung di Jepun dan Korea Selatan.[8][9] Filem ini pada mulanya dibiayai sebanyak AS$8.6 juta[10] dan Son melabur sebanyak ₩1 bilion (AS$886,500) untuk filem ini selepas kos penerbitan meningkat supaya staf dapat mempunyai "persekitaran tempat kerja yang lebih selesa".[11]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: The_Last_Princess http://eng.ajunews.com/view/20151119111323912 http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2016... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2016... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2016... http://www.the-numbers.com/movie/Deok-hye-ong-ju-(... http://variety.com/2016/film/asia/korea-box-office... http://variety.com/2016/film/asia/lotte-kim-han-mi...