Plot The_Last_Princess

Pada tahun 1925, Korea diperintah oleh Jepun dan Puteri Deokhye yang berumur 13 tahun pada ketika itu – puteri terakhir Dinasti Joseon – dipaksa berpindah ke Jepun untuk menghadiri sekolah di sana. Beliau merindui rumahnya dan selepas menamatkan persekolahan, beliau membuat beberapa percubaan untuk kembali ke Korea tetapi dihalang oleh jeneral pro-Jepun, Han Taek-soo. Pada satu hari, beliau bertemu semula bersama seorang rakan sewaktu zaman kanak-kanaknya, Kim Jang-han, seorang pegawai tentera Jepun yang juga merupakan sebahagian daripada gerakan kemerdekaan Korea. Kim merancang satu operasi rahsia untuk memindahkan Deokhye dan abangnya, Yi Un ke Shanghai, tapak Kerajaan Sementara Republik Korea. Percubaan ini gagal setelah Han Taek-soo mendapat tahu rancangan tersebut. Deokhye dan Kim terpisah dan terputus hubungan di antara satu sama lain. Beliau dipaksa untuk berkahwin dengan Count Takeyuki So pada tahun 1931 dan mula mengalami schizophrenia selepas melahirkan anak perempuan mereka pada tahun berikutnya. Kim menjadi seorang pemberita akhbar dan akhirnya menemui Deokhye di dalam sebuah hospital mental Jepun, berdekad-dekad selepas mereka terpisah. Kim kemudiannya memujuk kerajaan Korea Selatan untuk membenarkannya memasuki negara itu dan pada tahun 1962, Deokhye akhirnya dapat kembali ke tanah airnya.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: The_Last_Princess http://eng.ajunews.com/view/20151119111323912 http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2016... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2016... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2016... http://www.the-numbers.com/movie/Deok-hye-ong-ju-(... http://variety.com/2016/film/asia/korea-box-office... http://variety.com/2016/film/asia/lotte-kim-han-mi...