The Simpsons ialah
sitkom animasi Amerika Syarikat yang dicipta oleh
Matt Groening untuk
Fox Broadcasting Company. Siri ini bercorak parodi yang
menyindir gaya hidup
golongan pertengahan Amerika yang dicontohi
keluarga Simpson yang terdiri daripada
Homer,
Marge,
Bart,
Lisa, dan
Maggie. Rancangan ini berlatarkan pekan cereka
Springfield yang turut menyindir pelbagai ciri-ciri tabiat masyarakat termasuklah
kebudayaan Amerika,
masyarakat, dan
televisyen.Keluarga cereka ini direka oleh Groening sebelum membikin siri
animasi pendek bersama penerbit
James L. Brooks. Groening mencipta sebuah
keluarga disfungsi dan menamakan watak-wataknya bersempena ahli-ahli keluarga sendiri, kecuali Bart yang menggantikan nama sendiri. Animasi pendek ini disertakan dalam
The Tracey Ullman Show pada 19 April 1987. Selepas tiga musim, sketsa pendek tersebut dikembangkan menjadi rancangan
waktu perdana separuh jam lalu menjadi siri siaran rangkaian Fox pertama yang memasuki ratings 30 teratas dalam semusim (1992-1993).Semenjak kemunculan sulungnya pada 17 Disember 1989, rancangan tersebut telah menyiarkan
427 episod dan
musim ke-20nya mula bersiaran sejak 20 September 2008.
[1] Filem cetera
The Simpsons Movie ditayangkan di pawagam seluruh dunia mulai 26 Julai 2007, dan telah mengutip sebanyak
AS$526.2 juta sehingga kini.The Simpsons telah banyak meraih anugerah semenjak julung kali muncul di kaca TV, termasuk 24
Anugerah Emmy, 26
Anugerah Annie dan satu
Anugerah Peabody. The Simpsons dinamakan oleh keluaran majalah
Time bertarikh 31 Disember 1999 sebagai siri TV terbaik sepanjang abad ke-20, lalu menerima sebutir bintang di
Hollywood Walk of Fame pada 14 Januari 2000. The Simpsons merupakan
sitkom Amerika yang paling lama bersiaran,
rancangan animasi Amerika yang terlama pada tahun 2008, serta menyamai siri
Gunsmoke sebagai siri TV waktu perdana buatan Amerika yang terlama. Perkataan "
D'oh!" yang didengus oleh Homer pun dimasukkan ke dalam kosa kata bahasa Inggeris. Selain itu, The Simpsons juga telah banyak mempengaruhi sitkom animasi tontonan dewasa.