The_Sims
The_Sims

The_Sims

Rencana ini menerangkan maklumat mengenai permainan pertama dalam siri The Sims. Untuk keseluruhan permainan dalam siri tersebut, rujuk The Sims (siri).The Sims adalah permainan komputer yang berbentuk strategi dan simulasi kehidupan. Ia dimajukan oleh Maxis Software dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Kemajuannya dipimpin oleh pereka permainan Will Wright, juga terkenal dalam memajukan SimCity. Permainan ini ialah sebuah simulasi kehidupan harian satu atau lebih manusia alam maya (dikenali sebagai Sim) di dalam sebuah kawasan kejiranan.Ia telah dilancarkan pada 4 Februari 2000. Pada 22 Mac 2002, permainan komputer ini telah terjual melebihi 6.3 juta unit, membuatkannya menjadi antara permainan komputer yang terlaris dalam sejarah. Sejak pelancarannya yang pertama, tujuh sambungan atau expansion pack dan sekuel, The Sims 2,The Sims 3 dan The Sims 4 telah dilancarkan. The Sims telah memenangi beberapa anugerah, termasuklah Gamespot's "Game of the Year Award" pada tahun 2000.