Simlish The_Sims

Simlish ialah bahasa fiksyen yang muncul dalam siri permainan The Sims. Diilhamkan oleh penutur kod pada zaman Perang Dunia Kedua, pasukan pemajuan Maxis Software mencipta bahasa Simlish dengan mengeksperimenkan dengan bahasa pasar Ukraine, Perancis dan Tagalog. Pereka The Sims, Will Wright mencadangkan mengeksperimenkan dengan bahasa Navajo. Penampilan pertama dalam permainan 1996, SimCopter, bahasa Simlish mula dikenali semasa dalam siri The Sims dan walaupun kurang dikenali ia juga muncul dalam permainan SimCity 4 dan Sid Meier's SimGolf. Sedar bahawa dialog dalam permainan The Sims adalah perlu, Will Wright menolak cadangan menggunakan bahasa moden disebabkan faktor pengulangan dan kos kewangan untuk penterjemahan antarabangsa.