Deskripsi The_Sims

Menggantikan objektif, pemain boleh membuat pilihan sepenuhnya dalam persekitaran yang fleksibel, dan ia telah menarik minat ramai pemain kerada ia merupakan satu corak pemainan yang baru. Objektif sebenar dalam permainan ini ialah menguruskan masa Sims anda dan membantu mereka mencapai impian sendiri seperti kenaikan pangkat dan hubungan.

Gambar pertama dalam video pengiklanan ringkas yang diampilkan sekali dalam SimCity 3000.

Peringkat Umur

Terdapat tiga peringkat umur dalam The Sims: bayi, kanak-kanak dan dewasa. Bayi boleh membesar menjadi kanak-kanak, namun kanak-kanak dan dewasa tidak membesar. Ini bermakna kanak-kanak dan dewasa kekal dalam peringkat umur mereka selama-lamanya. Namun, semua Sims boleh meninggal dalam akibat daripada pelbagai kejadian (contohnya terbakar, lemas dalam kolam renang, kelaparan dan mati akibat penyakit.

Paparan Neighbourhood, Build mode dan Buy Mode

Permainan dimainkan dalam Live Mode. Selain itu, pemain boleh memasuki Build Mode atau Buy Mode untuk memberhentikan masa dan mengubahsuai rumah atau lot.

Apabila permainan bermula, setiap keluarga bermula dengan 20,000 Simoleons (mata wang dalam The Sims). Wang ini boleh digunakan untuk membeli sebuah rumah kecil atau lot kosong dalam paparan Neighbourhood. Sebaik sahaja sebuah lot dibeli, sebuah rumah boleh dibina atau diubahsuai dalam Build Mode, dan/atau membeli atau memunggah barangan perabot dalam Buy Mode. Semua binaan dan barangan yang dibeli dari Build Mode dan Buy Mode menggunakan sistem jubin segi empat sama. Binaan dan barangan mesti diletakkan di atas jubin. Dinding dan pagar diletakkan di tepi jubin. Ia juga boleh disilangkan merentasi jubin, tetapi barangan perabot tidak boleh diletakkan di jubin berkenaan. Permainan pertama mempunyai sehingga 150 barangan termasuklah perabot dan binaan.

Kehidupan Sims

Sims dikawal oleh pemain untuk berinteraksi dengan objek seperti TV atau Sims yang lain. Sims boleh menerima tetamu, tidak kira yang dijemput ataupun tidak, yang berasal dari lot lain atau NPC yang tidak berumah. Sims juga mempunyai pendirian bebas atau free will. Ini membolehkan mereka untuk melakukan sesuatu secara automatik tanpa dikawal. Namun, pemain boleh mengatasi hal ini dengan membatalkan perlakuan automatik tersebut di action queue di sebelah atas skrin. Tetapi, Sims tidak bersifat automatik sepenuhnya. Mereka tidak boleh membuat sesuatu perkara tanpa arahan tertentu pemain, seperti membayar bil, mencari kerja, membuat senaman atau melahirkan anak.

Pemain juga boleh membuat pilihan untuk mencari masa yang sesuai melakukan aktiviti-aktiviti mengasah bakat atau kemahiran seperti senaman, membaca, kreativiti, and logik, dengan menambah aktiviti itu dalam jadual harian sims tersebut.

Keperluan harian juga mestilah dipenuhi contohnya membersihkan diri dan makan boleh dan harus dijadualkan. Walaupun sims bersifat automatik, ia tidak selalunya efektif. Seperti juga dengan manusia sebenar, sims akan menderita jika keperluan mereka diabaikan. Contohnya, sims akan mati kelaparan jika mereka tidak makan dalam satu tempoh masa yang lama. Keperluan menentukan mood sims. Mereka akan mengadu kepada pemain jika keperluan mereka diabaikan. Jika keperluan tersebut tidak dipenuhi, sims akan cepat marah dan tidak sanggup untuk mematuhi arahan pemain yang tertentu, terutamanya perlakuan yang mengabaikan lagi keperluan yang berkenaan.

Selain memenuhi keperluan hidup, sims harus mengekalkan bajet yang seimbang. Cara yang paling lazim untuk menjana pendapatan ialah mendapatkan kerja. Permainan ini menyediakan pelbagai jenis kerjaya dengan sepuluh kerja (pangkat) di setiap kerjaya. Kerjaya yang asal termasuklah:-

Sims boleh mendapat kenaikan pangkat dengan memenuhi keperluan kemahiran dan jumlah sahabat dalam setiap tahap. Kenaikan pangkat ini membawa kepada kerja baru, gaji bertambah dan masa bekerja yang berbeza. The Sims: Livin' Large dan The Sims: Unleashed memperkenalkan beberapa kerjaya baru seperti Paranormal, Cooking (Masakan) dan Education (Pendidikan). Cara lain untuk menjana pendapatan ialah seperti menghasilkan dan menjual pelbagai barangan contohnya seni lukisan. Sambungan The Sims: Unleashed membolehkan Sims menanam hasil tanaman di rumah dan menjualnya ke pasar yang berhampiran.

Gambar dalam permainan.

Struktur dalaman dalam permainan komputer ini sebenarnya berbentuk program "kehidupan kawalan komputer" atau agent based artificial life. Persembahan AI permainan ini sangat maju, sims akan bertindak balas dengan persekitaran mereka secara automatik, tetapi campur tangan pemain adalah perlu untuk mengekalkan mereka dalam landasan yang betul. Secara teknikal, The Sims mempunyai replay value atau kebolehan untuk ulang permainan tanpa had. Hal ini dikatakan demikian kerana, permainan ini tidak mempunyai cara untuk dihabiskan, dan pemain boleh main selama-lamanya. Ia telah digambarkan sebagai mainan lebih daripada permainan komputer.

Di samping itu, permainan ini mempunyai sistem binaan yang maju. Permainan itu asalnya dibina untuk simulasi binaan sahaja dan sims hanya dipindah masuk ke rumah berkenaan. Tetapi, semasa proses pembuatan, elemen sims telah ditambah.

Permaina pertama dalam siri The Sims mempunyai beberapa had, terutamanya apabila kanak-kanak tidak boleh membesar menjadi dewasa, walaupun bayi boleh membesar menjadi kanak-kanak. Selain itu, sims dewasa tidak akan berumur (atau mati akibat daripada usia lanjut) dan tiada konsep hujung minggu. Contohnya, dewasa dan kanak-kanak harus pergi kerja dan sekolah masing-masing setiap hari. Dewasa akan diberi amaran jika mereka ponteng sehari. Tetapi, mereka akan dipecat jika ponteng selama dua hari berturut-turut. Kanak-kanak boleh belajar di rumah untuk mengekalkan gred sekolah mereka. Jika mereka selalu ponteng sekolah atau gagal, mereka akan dipindahkan ke sekolah tentera selama-lamanya. Oleh sebab kanak-kanak tidak boleh menyediakan makanan atau memperolehi wang, mereka tidak boleh hidup sendiri jika penjaga mereka (ibu bapa) meninggal dunia.

Walaupun tiada objektif atau penghabisan dalam permainan, kekalahan juga wujud dalam The Sims. Satu daripadanya ialah sims boleh meninggal dunia akibat daripada kelaparan, lemas, rentung dibaham api, renjatan elektrik atau virus berbahaya (hasil daripada peliharaan hamster, jika sangkar mereka dibiarkan kotor). Apabila seorang sim meninggal dunia, batu nisan akan muncul di tempat sims tersebut.