Sejarah The_Store

The Store Corporation Berhad telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada 3 Mac 1994. The Store juga merupakan satu-satunya pasar raya tempatan yang mempunyai cawangan hampir di setiap negeri, dengan 51 pasar raya & gedung yang beroperasi di atas nama The Store di bawah satu entiti sah The Store (Malaysia) Sdn. Bhd. Kumpulan Store juga beroperasi melalui anak syarikat milik penuh Hypermarket Pasifik & Department Store Sdn pasar raya. Bhd. Pada masa ini, kumpulan Pasifik mempunyai 7 cawangan di Star Parade dan Alor Star Mall (kedua-dua di Alor Star, Kedah), Megamal Pinang (Seberang Perai Tengah,Pulau Pinang), KB Mall (Kota Bharu,Kelantan), Batu Pahat Mall (Batu Pahat, Johor) dan cawangan baru di Pacific KOMTAR di Georgetown, Pulau Pinang dan Kluang Mall (Kluang, Johor). Milimewa Superstore Sdn. Bhd, yang mengendalikan 17 pasar raya dan gedung di Sabah, telah berada di bawah Kumpulan The Store sejak Mei 2005