Thomas_Becket
Thomas_Becket

Thomas_Becket

Thomas Becket (juga dikenali sebagai Santo Thomas dari Canterbury, Thomas dari London, dan kemudian sebagai Thomas à Becket;[1] c. 1118 (atau 1120[2]) – 29 Disember 1170) ialah seorang Ketua Biskop Canterbury dari tahun 1162 M sehingga pembunuhannya dalam tahun 1170. Beliau amat dihormati sebagai seprang santo dan martir oleh kedua-dua Gereja Roman Katolik dan Golongan Anglican. Beliau bertelagah dengan Raja Henry II dari England tentang hak dan keistimewaan Gereja dan dibunuh oleh para pengikut Henry di dalam Katedral Canterbury. Tidak lama selepas kematiannya, beliau dimasukkan dalam senarai para Santo oleh Pope Alexander III.