Tianhe-I

Tianhe-I atau Tianhe-1 (Cina ringkas: 天河一号; Cina tradisional: 天河一號; pinyin: Tiān​hé yī​hào​, "Bima Sakti Nombor Satu") ialah sebuah superkomputer yang terletak di Pusat Komputer Super Negara di Tianjin, China. Ia merupakan sebuah superkomputer bertaraf petaFLOP yang terletak di luar Amerika Syarikat.[1][2]Pada Oktober 2010, sebuah versi naik taraf untuk mesin ini (Tianhe-1A) menjadi superkomputer terpantas di dunia kerana mencapai prestasi tertinggi pada kadar pengiraan 2.5 petaflop.[3] Tianhe-I dikendali sebagai sistem capaian terbuka untuk pengiraan saintifik besar-besaran[4] dan menggunakan sistem pengendalian Linux.[5][6]