Tiba-tiba

Tiba-tiba merupakan sebuah lagu R&B dengan sentuhan muzik gospel yang dinyanyikan oleh penyanyi R&B tershor Dayang Nurfaizah untuk album solo keenamnya yang berjudul 20 07. Ia cipta oleh ahli kumpulan Ruffedge, Amer Munawer dan merupakan kolaborasi kedua mereka selepas kejayaan lagu Kasih Maafkan. Lagu ini dijadikan single ketiga untuk album tersebut dan disifatkan agak asing untuk pasaran muzik tempatan kerana muzik gospel agak jarang dimainkan. Dayang mempertaruhkan kekuatan vokalnya untuk bersaing dengan nyanyian latar yang berbentuk koir. Lagu ini pertama kali dinyanyikan Dayang ketika acara separuh akhir Ikon Malaysia 2007 menyaksikan Dayang mara ke peringkat akhir. Video muzik lagu ini diarahkan oleh Paul Wong.

Tiba-tiba

Dikeluarkan pada 2 Oktober 2007
Penerbit Amer Munawer
Penulis Amer Munawer
Format CD
Panjang -
Genre R&B, Gospel
Syarikat New Southern Records