Tiga_Entente
Tiga_Entente

Tiga_Entente

Tiga Entente (dari bahasa Perancis entente [ɑ̃tɑ̃t] "perikatan, kesepakatan, persetujuan") adalah pemahaman yang menghubungkan Empayar Rusia, Republik Ketiga Perancis, dan United Kingdom of Great Britain and Ireland selepas penandatanganan Konvensyen Inggeris-Rusia pada 31 Ogos 1907. Kesefahaman antara tiga kuasa, ditambah perjanjian dengan Jepun dan Portugal, membentuk satu imbangan kuat kepada Pakatan Bertiga iaitu Jerman, Austria-Hungary dan Kerajaan Itali, namun Itali tidak memihak kepada Jerman dan Austria semasa Perang Dunia I dan sebaliknya menyertai Kuasa Entente, dalam Persetiaan London 1915.Ahli sejarah terus membahaskan kepentingan sistem perikatan dalam menyemarakkan Perang Besar. Pada permulaan Perang Dunia I pada tahun 1914, ketiga-tiga anggota Tiga Entente memasuki perang sebagai Pihak Bersekutu Perang Dunia I menentang Kuasa Tengah, Jerman Austria-Hungary.[1] Namun, adalah penting untuk dicatat bahawa Tiga Entente, bertentangan dengan Pakatan Bertiga atau Perikatan Perancis-Rusia, bukan satu pakatan pertahanan bersama dan oleh itu Britain berasa bebas untuk membuat keputusan dasar luar sendiri dalam Krisis Julai pada tahun 1914.