Timor adalah sebuah
pulau di Indonesia, terbahagi antara negara merdeka
Timor Leste (Timor Timur) dan Timor Barat, iaitu termasuk dalam sebahagian dari Provinsi
Nusa Tenggara Timur di
Indonesia. Luas Pulau Timor sekitar 30,777 kmĀ². Nama pulau ini diambil dari kata "timur",
bahasa Melayu untuk timur; dinamakan demikian kerana ia terletak di hujung timur rantai kepulauan.Pada bahagian selatan dan tenggara Timor terletak negara
Australia. Pada sebelah barat laut adalah pulau
Sulawesi dan pada arah barat ialah pulau
Sumba. Pada sebelah barat-barat laut Timor adalah kepulauan
Flores dan
Alor, dan pada sebelah timur laut terletak
Kepulauan Barat Daya, termasuk
Wetar.Timor, bersama dengan Kepulauan Sunda Kecil pada barat laut dan kepulauan kecil lainnya pada timur laut, ditutup oleh
hutan kering tropika. Banyak pohon yang gugur daunnya pada
musim kemarau.Menurut
mitos rakyat tempatan, pulau Timor dulunya adalah seekor
buaya raksasa.Pulau Timor telah dibahagi menjadi dua bahagian selama berabad-abad: Timor Barat, yang dikenali sebagai "Timor Belanda" dari tahun
1800-an hingga
1949 ketika ia menjadi "Timor Indonesia", sebuah bahagian dari negara Indonesia yang terbentuk dari bekas
Hindia Belanda; dan Timor Timur yang dikenali sebagai Timor Portugis dari tahun
1596 hingga
1975. Wilayah Timor Timur juga mencakupi kawasan yang dinamakan "Enclave Oecussi-Ambeno" di Timor Barat.
Belanda dan
Portugis tidak menyelesaikan masalah perbatasan ini dengan rasmi hingga
1912.Timor Timur ('Tim-Tim') menjadi sebahagian dari Indonesia tahun
1976 sebagai provinsi ke-27 setelah Gabenor Jeneral Timor Portugis terakhir Mario Lemos Pires melarikan diri dari
Dili setelah tidak mampu mengawal keadaan yang pada masa itu berlakunya
perang saudara.
Amerika Syarikat dan
Australia "merestui" tindakan Indonesia kerana takut Timor Timur menjadi
kubu komunisme terutama kerana kekuatan utama di perang saudara Timor Timur. Namun
PBB tidak menyetujui tindakan Indonesia. Setelah
pemungutan suara yang diadakan tahun
1999 di bawah perjanjian yang ditaja oleh PBB antara Indonesia dan Portugis, kebanyakan penduduk Timor-Timur tidak setuju dengan
autonomi yang ditawarkan oleh Indonesia. Timor-Timur meraikan kemerdekaannya pada tahun
2002 dengan sokongan luar biasa daripada PBB.