Keputeraan Timurlang

Beliau dilahirkan di Kesh, lebih terkenal sebagai Shahr-i-Sabz, 'bandar hijau,' terletak sekitar 50 batu ke selatan Samarkand di Uzbekistan moden.[12]

Bapanya Teragai merupakan ketua kaum Barlas. Cicit kepada Karachar Nevian (menteri kepada Chagatai Khan, anak kepada Genghis Khan, dan panglima tentera pasukannya),[13] dan menonjol antara kaumnya sebagai yang pertama memeluk Islam, Teragai mungkin mewarisi pangkat tinggi tentera; tetapi seperti bapanya Burkul dia menggemari kehidupan bersara dan belajar.

Dibawah jagaan rapi, Timur ketika berusia dua puluh tahun bukan sahaja mahir bersukan luar tetapi mendapat reputasi sebagai pembaca tekun Al-Quran.[14] Pada tempoh ini, dia menunjukkan sifat lembut dan mudah simpati.