Tirai_Besi
Tirai_Besi

Tirai_Besi

Tirai Besi atau Tabir Besi ialah sempadan simbolik, ideologi dan fizikal yang membahagi benua Eropah menjadi dua kawasan berasingan sejak berakhirnya Perang Dunia II sehingga tamatnya Perang Dingin, iaitu dari tahun 1945 hingga 1991. Di kedua-dua belah Tirai Besi, negara-negara Eropah membentuk pakatan ekonomi dan ketenteraan antarabangsa sendiri, iaitu COMECON bersama Pakatan Warsaw di sebelah timur dengan Kesatuan Soviet selaku anggota terpenting, dan NATO dan Kesatuan Eropah di sebelah barat, bersama Amerika Syarikat.Tirai Besi berbentuk pertahanan sempadan antara negara-negara Eropah Barat dan Timur, terutamanya Tembok Berlin yang berfungsi sebagai simbol keseluruhan Tirai Besi untuk masa yang lama.[1]Istilah Tirai Besi julung kalinya dipakai oleh Menteri Propaganda Jerman Nazi, Joseph Goebbels, dalam manifesto yang diterbitkan dalam akhbar Das Reich pada bulan Februari 1945[2], tetapi dipopularkan oleh "Ucapan Tirai Besi" olek Winston Churchill pada 5 Mac 1946.[3]