Kegunaan Tisel

Dalam bidang industri

Sesetengah spesies tumbuhan dalam genus Cynara merupakan sumber renet sayuran utama digunakan dalam pembuatan keju komersil.[1] Ada juga beberapa spesies dalam genus Silybum yang ditanam untuk mendapatkan biji benih yang mampu menghasilkan minyak sayuran; biji benih ini turut merupakan bahan utama dalam penghasilan silibinin,[2][3][4] sejenis sebatian yang dipercayai boleh merawat sirosis hati.[5]

Banyak spesies thistle lain adalah penting sebagai tumbuhan madu - yakni tumbuhan mengandungi nektar yang merupakan bahan utama dalam penghasilan madu oleh lebah madu - terutamanya dalam menghasilkan produk madu bermutu dan bernilai tinggi.[6][7][8]

Dalam bidang perubatan

Plinius yang Tua serta seberapa orang penulis pada zaman pertengahan terkemudian berpendapat bahawa ia boleh dijadikan bahan penawar memulihkan pertumbuhan rambut kepada kepala botak. Masyarakat zaman moden awal turut beranggapan bahawa tumbuhan ini boleh mengubat sakit kepala, wabak, kudis, vertigo dan penyakit demam kuning.[9]