Penerbitan Tjambuk_Api

Pengarah Tjambuk Api, D. Djajakusuma, menghabiskan setahun belajar filem di Universiti Washington di Seattle dan Sekolah Seni Sinematik Universiti California Selatan dari 1956 hingga 1957;[2] Tjambuk Api merupakan filem pertamanya sekembalinya beliau ke Indonesia.[3] Filem ini diterbitkan oleh Perfini, di abwah pimpinan Usmar Ismail; yang kemudiannya berkhidmat sebagai penerbit.[1] Ceritanya ditulis oleh Titik Soerjo.[4]

Tjambuk Api mengambil masa tiga tahun untuk diterbitkab. Belanjawannya dilaporkan 1.5 juta rupiah.[1] Filem itu dilaporkan dipegang oleh biro penapisan selama hampir setahun[3] menyebabkan ia terlepas ke Pesta Filem Asia 1958 di Manila.[4]

Berkaitan