Tom_and_Jerry

Tom and Jerry ialah siri animasi filem pendek dicipta pada 1940 oleh William Hanna dan Joseph Barbera. Terkenal dengan 161 filem pendek yang dihasilkan oleh Metro-Goldwyn-Mayer, siri ini mengisahkan persaingan antara Tom, seekor kucing, dan Jerry, seekor tikus. Kebanyakan cerita pendek siri ini menampilkan watak ulangan.Dalam waktu siaran asal, Hanna dan Barbera menerbiهاءءروىجحخهendek Tom and Jerry untuk MGM dari 1940 hingga 1958.[1] Semasa tempoh ini, mereka telah memenangi tujuh Anugerah Akademi untuk Filem Pendek Animasi Terbaik, mengikat untuk tempat pertama bersama Silly Symphonies karya Walt Disney dengan paling banyak anugerah dalam kategori. Selepas studio kartun MGM ditutup pada 1957, MGM menghidupkan semula siri ini dengan Gene Deitch mengarahkan 13 episod Tom and Jerry untuk Rembrandt Films dari 1961 hingga 1962. Tom and Jerry kemudian menjasi siri filem pendek animasi paling laris ketika itu, mengatasi Looney Tunes. Chuck Jones kemudian menerbitkan 34 kartun pendek bersama Sib Tower 12 Productions antara 1963 dan 1967. Tiga lagi filem pendek diterbitkan, The Mansion Cat pada 2001, The Karate Guard pada 2005, dan A Fundraising Adventure pada 2014, menjadikannya berjumlah 164 cerita pendek.Sejumlah siri terbitan turunan telah diterbitkan, termasuk siri televisyen The Tom and Jerry Show (1975), The Tom and Jerry Comedy Show (1980–82), Tom and Jerry Kids (1990–93), Tom and Jerry Tales (2006–08), and The Tom and Jerry Show (2014–kini). Filem cereka pertama berdasarkan siri ini, Tom and Jerry: The Movie, dikeluarkan pada 1992, dan 13 filem terus-ke-video telah diterbitkan sejak 2002, dengan sebuah filem aksi terbaharu yang akan dikeluarkan pada 2021. Sebuah adaptasi muzikal siri ini, bertajuk Tom and Jerry: Purr-Chance to Dream, diadakan di Japan pada 2019 sempena ulang tahun ke-80 Tom and Jerry.

Tom_and_Jerry

Bahasa Inggeris
Muzik oleh Scott Bradley (113 shorts)
Edward Plumb (1 short)
Steven Konichek (12 shorts)
Eugene Poddany (20 shorts)
Dean Elliott (8 shorts)
Carl Brandt (2 shorts)
Hoyt Curtin (16 shorts)
Yvette Blais and Jeff Michael (15 shorts)
Tom Worrall (39 shorts)
Gary Lionelli (26 shorts)
J. Eric Schmidt
Tom Erba (26 shorts)Vivek Maddala
David Ricard
John Van Tongeren
Henry Mancini (the movie)
Pengarah
Syarikat-syarikatpenerbitan
MGM Cartoons (era Hanna-Barbera)
Rembrandt Films (era Gene Deitch)
MGM Animation/Visual Arts (era Chuck Jones)
Penulis
Penerbit
Mula ditayangkan 10 Februari 1940 – 8 September 1967
Tempoh tayangan 6–10 minit
Dibintangi oleh
Negara Amerika Syarikat
Pengedar Metro-Goldwyn-Mayer