Biodata Tome_Pires

Tome Pires ialah pembantu Putera Afonso (1475-1491 M) dan penulis Suma Oriental (Dunia Timur), yang merupakan tulisan terawal tentang dunia Timur oleh seorang rakyat Portugis.

Pires lahir pada 1468 (c) merupakan anak kepada pembantu King John II (1455-95) dari Portugis. Pada September 1511, dia dilantik sebagai feitor das drogarias (pengedar arak) ke Cochin di India atas kehendak raja. Dia juga ditugaskan sebagai pembekal ubat-ubatan yang bernilai 4,000-5,000 dolar Portugis.

Kemudian Tome Pires dilantik sebagai penulis dan Bendahari menjaga harta perdagangan yang melibatkan Melaka dan Jawa. Akhirnya dia dilantik sebagai duta Portugis ke negara China. Namun, dia telah dipenjarakan di Kiangsu atas tindakan dan idea-idea serta pemikirannya. Dia mati di China pada 1540 dalam tahanan China semasa berumur 70 tahun. Buku yang ditulisnya tentang China dipersembahkan kepada Laksamana Portugis di India dan sekarang disimpan Perpustakaan Nasional, Paris.