Toni_Braxton
Toni_Braxton

Toni_Braxton

Toni Michelle Braxton (lahir 7 Oktober 1967)[3] merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, pianis, penerbit rakaman, pelakon, perosnaliti televisyen, dan dermawan Amerika Syarikat. Braxton telah menjual lebih dari 67 juta rakaman di seluruh dunia, termasuk 41 juta album. Beliau ialah salah seorang artis R&B wanita terlaris dalam sejarah. Braxton telah memenangi tujuh Anugerah Grammy, sembilan Anugerah Muzik Billboard, tujuh Anugerah Muzik Amerika, dan banyak anugerah lain. Pada tahun 2011, Braxton dinobatkan masuk dalam Georgia Music Hall of Fame.Pada akhir 1980-an, Braxton tampil bersama adik-beradiknya dalam kumpulan muzik yang dikenali sebagai The Braxtons; kumpulan ini menyertai Arista Records. Setelah menarik perhatian penerbit Antonio "L.A." Reid dan Kenneth "Babyface" Edmonds dan ditawarkan kontrak oleh LaFace Records, Braxton melancarkan album studio bertajuk sama pada tahun 1993. Album ini mencapai nombor satu di carta lagu Billboard 200 dan terjual 10 juta salinan di seluruh dunia. Selain itu, single "Another Sad Love Song" serta "Breathe Again" meraih kejayaan antarabangsa. Album ini membawa Braxton mendapat tiga Anugerah Grammy, termasuk Artis Baru Terbaik.

Toni_Braxton

Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • pelakon
  • penerbit rakaman
  • personaliti televisyen
Pasangan Birdman (tunang)
Anak 2
Tahun aktif 1989–kini
Pengkarya berkait
Instrumen Vokal, piano
Syarikat rakaman
Laman sesawang ToniBraxton.com
Saudara
Kelahiran Toni Michelle Braxton
(1967-10-07) 7 Oktober 1967 (umur 52)
Severn, Maryland, Amerika Syarikat
Genre