Isu Tony_Pua_Kiam_Wee

Mansuhkan diskaun Bumiputera

Tony Pua mencadangkan dimansuhkan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor.Keyakinan dan kedatangan pelabur asing akan meningkat hanya jika polisi berkenaan diubah. Beliau tidak menentang pelan tindakan afirmatif tetapi bukannya menyediakan insentif bagi rumah yang berharga antara RM1 juta dan RM2 juta. Insentif 7 % yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera harus dikekalkan bagi hartanah berharga bawah RM500,000.[5]

Terima ancaman bunuh

Pada 12 Ogos 2010, beliau menerima surat ugutan untuk membunuhnya petang semalam. Turut dimuatkan dalam sampul surat berkenaan adalah sebutir peluru yang masih belum digunakan. Bungkusan itu dialamatkan ke pejabatnya di Damansara dari Tangkak. Ia dibuka oleh pembantu pejabatnya pada jam 4.30 petang.

Beliau kemudian terus membuat laporan polis di pejabat polis Damansara Utama dengan diiringi oleh Pua dan peguam DAP, Lim Lip Eng yang juga ahli parlimen Segambut.

Polis telah menghesahkan peluru itu adalah buatan tempatan untuk kegunaan senapang M16.[6]

Kurangkan penjawat awam

Pada 1 November 2011, Tony Pua selaku Ketua Publisiti DAP mencadangkan kerajaan pusat mengurangkan jumlah penjawat awam di Malaysia. Perhidmatan mereka akan ditamatkan jika tidak efisyen sebagaimana negara China. Tapi disanggah oleh Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun.MCA mencabar kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakannya di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan malah, di Kelantan.Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menafikan cadangan itu pernah dibincangkan.[7] Tony Pua menyerang kerajaan Persekutuan yang menaikkan gaji dan elaun penjawat awam.Tetapi apabila kerajaan Selangor turut menaikkan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penjawat awamnya serta menyerahkan projek kepada juruperunding luar dan tidak menggunakan sumber dalaman negeri, mereka tidak bersuara langsung.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berpendapat bahawa cadangan Tony Pua untuk 'menjimatkan' wang kerajaan itu tidak realistik.[8] Sektor awam adalah nadi penggerak negara.Skim baru perkhidmatan awam yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Bajet 2012 akan meningkatkan produktiviti penjawat awam.Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah menjelaskan bahawa jumlah penjawat awam di Malaysia sangat ideal dengan nisbah penduduk negara ini.[9] Perkasa berpendapat DAP mahu mengurangkan pengaruh orang Melayu dalam sektor kerajaan.[10]

Saman SYABAS

Pada 28 Januari 2011, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah menfailkan satu saman terhadap Tony Pua yang mendakwa bahawa beliau telah memberikan kebenaran edisi Metro Nanyang Siang Pau bagi menerbitkan perkataan-perkataan fitnah terhadapnya. Artikel tersebut memetik kata-kata beliau sebagai berkata bahawa jika pemegang-pemengang konsesi tidak menyelesaikan hutang-hutang beliau , kerajaaan negeri seharusnya mengambil alih hak-hak pengurusan bekalan air di Selangor. Syabas mendakwa bahawa penyiaran laporan di dalam surat khabar, syarikat itu juga telah dibawa ke satu skandal awam dengan penerbitan artikel berkenaan di dalam akhbar, syarikat itu telah dibawa kepada skandal politik dan imejnya telah tercalar. Disamping mencari sebuah injuksi untuk menghalang Pua atau agen-agen beliau daripada menerbitkan perkataan-perkataan fitnah terhadap syarikatnya, Syabas juga mencari kos dan kerosakan awam. [11]

Pua mempertikaikan Syabas, sebagai satu penguatkuasa awam yang melaksanakan perkhidmatan awam. Beliau juga berkata bahawa beliau mempunyai tanggungjawab undang-undang moral dan sosial sebagai seorang MP dan seorang ahli daripada kerajaan negeri Selangor, sebuah panel kajian semula untuk menerbitkan perkataan-perkataan tersebut di sebabkan masyarakt mempunyai hak untuk tahu. Pua juga memfailkan satu saman balas, mendakwa bahawa saman Syabas mengada-mengada, menyakitkan hati dan dikira sebagai satu penyalahgunaan proses mahkamah, yang menyebabkan beliau menderita malu, kekalahan dan perbelanjaan yang tidak sepatutnya.[12]

Pada 6 Jun 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diketuai oleh Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah memerintahkan MP Petaling Jaya Utara Tony Pua membayar gantirugi RM200,000 kepada Syarikat Bekalan Air Selangor ekoran satu kenyataan yang didapati memfitnah syarikat tersebut.[13]

Rujukan

WikiPedia: Tony_Pua_Kiam_Wee http://tonypua.blogspot.com/ http://tonypua.blogspot.com/2008/02/tony-pua-for-p... http://www.malaysiakini.com/news/139839 http://www.malaysiakini.com/news/200098 http://www.sinchew-i.com/sciWWW/node/1501?tid=19 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://e.nst.com.my/nst/articles/07mbh/Article http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/2/... http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&fi... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=110...