Toyota_Prius
Toyota_Prius

Toyota_Prius

Toyota Prius (disebut /ˈpriːəs/) merupakan kereta hibrid penuh bersaiz sederhana yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Toyota. Pihak EPA dan Lembaga Sumber Udara California (CARB) menarafkan Prius sebagai antara kenderaan paling bersih yang dijual di Amerika Syarikat berasaskan pengeluaran kabut dan asap toksik yang rendah.[1]Prius mula dijual di Jepun pada tahun 1997, menjadikannya kereta hibrid pengeluaran pertama. Ia kemudiannya diperkenalkan di seluruh dunia pada tahun 2001. Prius telah dijual di lebih 70 negara, dengan pasaran terbesarnya di Jepun dan Amerika Utara.[2] Pada Mei 2008, jualan global terkumpul Prius mencecah angka 1 juta,[3] manakala pada September 2010, Prius mencecah angka 2 juta unit bagi jualan di seluruh dunia.[2]AS merupakan pasaran terbesar, dengan 814,173 unit berdaftar pada Disember 2009.[4]

Rujukan

WikiPedia: Toyota_Prius http://www.caradvice.com.au/1697/more-toyota-prius... http://cars.about.com/cs/testdrives/fr/prius_tst.h... http://green.autoblog.com/2008/03/07/in-china-toyo... http://green.autoblog.com/2009/09/04/toyota-tops-2... http://www.autoweek.com/article/20090402/carnews/9... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601209&si... http://www.businessweek.com/archives/1997/b3557013... http://www.businessweek.com/globalbiz/blog/eyeonas... http://www.cartalk.com/content/testdrives/Reviews/... http://www.cartalk.com/content/testdrives/Reviews/...