Transit Aliran Ringan Edmonton (bahasa Inggeris: Edmonton Light Rail Transit), juga dikenali sebagai
LRT, adalah sistem
rel ringan di Edmonton,
Alberta . Sebahagian daripada Perkhidmatan Transit Edmonton (ETS), sistem ini mempunyai 18 stesen di dua laluan dan landasan sepanjang 24.3 km. Sehingga tahun 2018, LRT Edmonton adalah salah satu sistem transit aliran ringan yang paling sibuk di Amerika Utara, dengan lebih 110,000 penumpang pada hari Isnin-Jumaat, dan telah berkembang dengan pesat sejak kebelakangan ini. ETS mula mengoperasikan laluan asal LRT ini pada tahun 1978, dikembangkan pada tahun 2010 menjadi
Laluan Capital, dari
Clareview di timur laut Edmonton dan
Century Park di selatan Edmonton.
[3] Fasa pertama
Laluan Metro yang baharu mulakan perkhidmatannya antara kampus
Universiti Alberta dan hospital di selatan-tengah Edmonton dan
Institut Teknologi Alberta Utara barat laut pusat bandar Edmonton pada tahun 2015, dengan penyambungan jajaran ke utara Edmonton dan bandar sebelah
St. Albert dicadangkan untuk masa hadapan.
[4] Pembinaan fasa pertama
Laluan Valley sepanjang 27km, dari pusat bandar Edmonton ke
Mill Woods di tenggara Edmonton, bermula pada musim bunga 2016, dan terdapat pelan jangka panjang untuk kembangkan laluan ini sehingga barat Edmonton.
[6][7]