Sejarah TriStar_Pictures

Konsep penubuhan TriStar Pictures dicipta oleh Victor Kaufman, seorang eksekutif kanan di Columbia Pictures (ketika itu adalah anak syarikat dari Coca-Cola),[3] yang meyakinkan studio HBO dan CBS untuk menyatukan sumber dan berkongsi kos pembuatan filem yang terus meningkat, dengan menubuhkan usahasama baru pada tahun 1982. Pada 16 Mei 1983, syarikat itu dinamakan Tri-Star Pictures (apabila ia baru ditubuhkan dan belum mempunyai nama rasmi, media menggunakan nama kod "Nova", tetapi nama ini tidak boleh diperoleh secara rasmi kerana ia digunakan sebagai tajuk siri saintifik PBS)[4][5] Syarikat itu ialah studio baru Hollywood yang pertama yang akan ditubuhkan sejak RKO Pictures yang bermula lebih dari 50 tahun sebelumnya.[6]