Plot Trinity_Blood

Apabila bilangan penduduk Bumi meningkat secara mendadak, manusia cuba menawan planet Marikh. Ketika menjajah cakerawala itu, mereka menemui dua teknologi serba asing, iaitu nanomesin Bacillus dan Crusnik. Para penjajah ini menerapkan Bacillus ke dalam badan mereka yang menjadikan mereka Methuselah. Mereka menanam Crusnik ke dalam badan empat bayi tabung uji: Seth, Cain, Abel dan Lilith.

Sekembali para penjajah itu ke Bumi, tercetusnya perang antara Methuselah dan manusia yang menetap di Bumi. Abel, Cain, dan Seth berpihak di sisi Methuselah—manakala Lilith menyebelahi manusia. Perang yang berterusan ini akhirnya membawa ke "Armagedon," iaitu peristiwa yang berlaku 900 tahun sbeelum bermulanya cerita. Dalam perang ini, Cain menjadi kurang siuman lalu membunuh Lilith. Abel yang kesedihan mengangkut mayat Lilith ke Vatican untuk dikebumikan. Abel berada di sisinya, berair mata untuknya, selama 900 tahun.

Pada permulaan cerita, puak Methuselah yang kepontianakan dan masih kekal sebagai kuasa politik dna tentera yang utama, terus memerangi puak "Terran", iaitu apa yang mereka memanggil manusia biasa. Gereja Katolik Rom yang bertapak di Vatican ialah sebuah kuasa politik utama yang berhasrat untuk melindungi manusia daripada Methuselah. Puak Methuselah menjadikan Byzantium sebagai ibu negara mereka yang dikelilingi semedan zarah-zarah untuk menapis sinaran ultraungu, demi melindungi puak Methuselah.

Kedua-dua puak menggunakan "teknologi silam" seperti kapal udara, misil, dan komputer, untuk berperang dingin. Sebuah kuasa besar ketiga, iaitu Albion, juga terlibat dalam perang, dengan kilang senjata teknologi silam dan senjata yang canggih serta kebolehan pengilangan tahap lebih tinggi untuk menentang Vatican.