Triosa_fosfat_isomerase
Triosa_fosfat_isomerase

Triosa_fosfat_isomerase

Triosa-fosfat isomerase (TPI atau TIM) ialah enzim (EC 5.3.1.1) yang memangkinkan pertukaran boleh balik bagi isomer triosa fosfat dihidroksiaseton fosfat dan D-gliseraldehid 3-fosfat.TPI memainkan peranan penting dalam glikolisis dan penting untuk pengeluaran tenaga yang cekap. TPI telah ditemui dalam hampir setiap organisma yang diselidik, termasuk haiwan seperti mamalia dan serangga serta dalam kulat, tumbuhan dan bakteria. Walau bagaimanapun, sesetengah bakteria yang tidak melakukan glikolisis seperti ureaplasma tidak memiliki TPI.Pada manusia, kekurangan dalam TPI dikaitkan dengan gangguan neurologi yang progresif dan teruk dipanggil kekurangan triosa fosfat isomerase. Kekurangan triose fosfat isomerase dicirikan oleh anemia hemolisis kronik. Walaupun terdapat pelbagai mutasi yang menyebabkan penyakit ini, kebanyakannya memiliki penggantian asid glutamat pada kedudukan 104 dengan asid aspartik.[1]Isomerase fosfat triose ialah enzim yang sangat cekap, melakukan tindak balas berbilion kali lebih cepat daripada yang berlaku secara semula jadi dalam larutan. Tindak balas adalah sangat cekap sehingga dikatakan sempurna dari segi pemangkinan: ia hanya dihadkan dengan kadar substrat yang boleh meresap masuk keluar dari tapak aktif enzim.[2][3]