Tukang_(burung)
Tukang_(burung)

Tukang_(burung)

 Tukang ialah burung nokturnal atau krepuskul bersaiz sederhana dalam keluarga Caprimulgidae dan order Caprimulgiformes, dicirikan oleh sayap panjang, kaki pendek, dan paruh yang sangat pendek. Sumber makanan utamanya ialah serangga.[1] Beberapa spesies Dunia Baharu dipanggil sintang.Tukang ditemui di seluruh dunia, kecuali Antartika dan kepulauan tertentu seperti Seychelles. Ia boleh ditemui dalam pelbagai habitat, selalunya di kawasan terbuka dengan beberapa tumbuh-tumbuhan. Ia biasanya bersarang di atas tanah, dengan tabiat berehat dan bertengger di jalan raya.Subkeluarga tukang berkongsi ciri-ciri yang serupa, termasuklah kaki kecil yang kurang digunakan untuk berjalan dan sayap runcing yang panjang. Namun, tukang sungguh mempunyai bulu kejur, paruh yang lebih panjang, dan buluan yang lebih lembut. Warna buluannya dan tabiat bertengger luar biasanya membantu menyembunyikan diri pada siang hari.