Sistematik Tukang_(burung)

Caprimulgiformes

Sebelum ini, semua ahli order Apodiformes, Aegotheliformes, Nyctibiiformes, Podargiformes, dan Steatornithiformes telah disatukan bersama tukang dalam Caprimulgiformes. Pada tahun 2021, Kongres Ornitologi Antarabangsa melangtakrifkan Caprimulgiformes sebagai hanya terpakai untuk tukang, dengan malas, segan, minyak, dan hantukang semuanya dilangkelaskan ke dalam ordernya tersendiri.[2] Lihat Strisores untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pertikaian mengenai taksonomi Caprimulgiformes. Pencerakinan filogenetik mendapati bahawa keluarga Archaeotrogonidae yang telah pupus, yang dikenali dari Eosen dan Oligosen Eropah, ialah saudara terdekat tukang yang diketahui setakat ini.[3]

Caprimulgidae

Tradisinya, tukang telah dibahagikan kepada dua subkeluarga - Caprimulginae, atau tukang sungguh, dengan 79 spesies yang diketahui, dan Chordeilinae, atau sintang, dengan 10 spesies yang diketahui. Kumpulan-kumpulan tersebut serupa dari kebanyakan segi, tetapi tukang sungguh mempunyai bulu kejur, paruh yang lebih panjang, dan buluan yang lebih lembut. Buluan lembutnya berwarna samar menyerupai kulit kayu atau daun, dan sesetengah spesies, luar biasa untuk burung, hinggap di sepanjang dahan dan bukannya di melintangnya, membantunya menyembunyikan diri pada siang hari. Subkeluarga tukang mempunyai ciri-ciri yang serupa, termasuklah kaki kecil, yang kurang digunakan untuk berjalan, dan sayap runcing yang panjang.


Dalam kajian penghibridan DNA-DNA perintisnya, Sibley dan Ahlquist mendapati bahawa perbezaan genetik antara taptibau dan tukang sungguh adalah, sebenarnya, lebih besar berbanding perbezaan antara tukang sungguh dan sintang. Sehubungan itu, taptibau disusunkan dalam keluarga tersendiri, Eurostopodidae (9 spesies diketahui), tetapi keluarga tersebut belum diangkat meluas.

Kajian-kajian berikutnya, kedua-dua morfologi dan genetik, telah memberikan sokongan untuk pemisahan tukang sungguh dan taptibau, dan beberapa pihak berkuasa telah menerimapakai cadangan Sibley-Ahlquist tersebut, dan juga yang lebih meluas untuk mengelompokkan semua burung hantu (tradisionalnya Strigiformes) bersama-sama dalam Caprimulgiformes. Penyenaraian di bawah mengekalkan susunan yang lebih ortodoks, tetapi mengiktiraf taptibau sebagai kumpulan yang berasingan. Untuk butiran lanjut dan skema pengelasan silihan, lihat Caprimulgiformes dan taksonomi Sibley-Ahlquist.

 

Filogeni Caprimulgidae[4]

Eurostopodus

Lyncornis

Gactornis

Nyctiprogne

Lurocalis

Hydropsalis

Nyctidromus 

Nyctipolus

Siphonorhis

Nyctiphrynus

Phalaenoptilus

Antrostomus

Veles

Caprimulgus

Podager

Chordeiles

Eurostopodinae
(taptibau)
Caprimulginae
(tukang sungguh)
Chordeilinae
(sintang)

Lihat juga senarai tukang yang diisih mengikut nama lazim dan binomial.

Berkaitan