Tulang_selangka
Tulang_selangka

Tulang_selangka

Dalam anatomi manusia, tulang selangka atau klavikel merupakan tulang panjang jarak dekat yang berfungsi sebagai sangga di antara tulang belikat dan tulang dada. Tulang selangka ialah satu-satunya tulang panjang di dalam badan yang tersusun secara mengufuk. Ia menganggotai bahagian bahu dan girdel pektoral, bahkan dapat dirasai oleh semua manusia; pada mereka yang kurang lemak pada anggota berkenaan, kedudukan tulang selangka jelas kelihatan dengan terbentuknya benjol pada kulit.Nama lainnya, klavikel, dipinjam daripada clavicle bahasa Inggeris, asalnya daripada perkataan Bahasa Latin: clavicula ("anak kunci kecil") kerana tulangnya berpusing di sepanjang paksinya seperti anak kunci apabila bahunya diabduksi.