Tumbuhan dwimusim ialah tumbuhan yang mengambil masa dua tahun (iaitu, dua musim pertumbuhan) untuk melengkapkan kitar hidupnya.
[1] Pada tahun pertama, ia tumbuh daun, batang, dan akar (struktur tampang). Kemudian ia masuk tempoh
kedormanan pada
musim sejuk. Selalunya batang kekal pendek dan daun dekat dengan tanah, membentuk
roset. Banyak tumbuhan dwimusim memerlukan
rawatan sejuk, atau
pemvernalan sebelum ia berbunga. Pada tahun seterusnya, iaitu pada musim bunga atau musim panas, batang ia akan mula tumbuh dengan cepat untuk fasa
pembiakan pula. Kemudian ia berbunga, menghasilkan buah dan benih dan akhirnya ia mati. Kebanyakkan tumbuhan dwimusim berasal dari kawasan
beriklim sederhana.Dari perspektif pekebun, status tumbuhan sebagai
semusim, dwimusim, atau
saka berbeza mengikut tempat dan tujuan. Tumbuhan dwimusim untuk tanaman bunga, buah, atau benih ditanam dalam tempoh kitaran ia hidup selama dua tahun. Manakala tumbuhan dwimusim untuk tanaman makanan seperti
sayuran atau
akar pula ditanam sebagai tanaman semusim (kurang dari setahun). Tumbuhan dwimusim tulen hanya berbunga sekali dalam hidupnya, berbeza dengan tumbuhan saka yang berbunga setiap tahun setelah matang.Contoh tumbuhan dwimusim ialah
pasli,
lobak,
bunga balung ayam dan
lili. Ahli pembiak baka tumbuhan telah menghasilkan
kultivar semusim dari tumbuhan dwimusim yang akan berbunga pada tahun pertaman dari biji benih seperti
pokok sarung tangan musang dan
pokok stok.