Tun_Ali

Bendahara Seri Nara Di Raja bin Raja Benua Kaling Mani Purindam adalah Bendahara Melaka yang ke-4. Beliau merupakan anak kepada Baginda Mani Purindam, orang kaya dari India dan Tun Rana Sandari Tun Perpatih Besar [1]. Beliau telah meninggal dunia pada pada tahun 1456 dan digantikan oleh Bendahara Tun Perak.Sebelum menjadi bendahara, Tun Ali pernah menjadi Penghulu Bendahari kepada Sultan Muhammad Syah. Selepas isteri pertamanya meninggal, beliau telah berkahwin dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, yang sengajakan diceraikan untuknya oleh Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) [2]. Salah seorang anaknya dengan Tun Kudu, Tun Mutahir turut dilantik sebagai bendahara [3].