Turnitin

Turnitin merupakan perkhidmatan pencegahan plagiarisme dalam talian yang diperkenalkan oleh iParadigms, LLC. Ia mula dilancarkan pada tahun 1997. Kebiasaannya, lesen pengguna dibeli oleh universiti dan sekolah untuk menghantar esei kepada laman sesawang Turnitin, yang mana dokumen yang dihantar akan disemak untuk mengetahui kandungan yang tidak asli. Keputusan yang diperoleh boleh digunakan untuk mengenal pasti persamaan dengan sumber-sumber yang sedia ada atau boleh digunakan dalam penilaian formatif untuk membantu pelajar belajar bagaimana untuk mengelakkan plagiarisme dan memperbaiki penulisan mereka [1]Pelajar dikehendaki untuk memuatnaik esei ke dalam Turnitin, sebagai langkah mengelakkan plagiarisme. Para pengkritik mendakwa penggunaan Turnitin melanggar privasi pendidikan dan undang-undang harta intelek. iParadigms LLC, iaitu syarikat induk turut menawarkan perkhidmatan pengesanan plagirisme yang serupa kepada editor majalah, buku dan majalah yang digelar iThenticate, dan turut mengelola laman sesawang berinformasi Plagiarism.org. Menerusi Turnitin, ia turut memperkenalkan perkhidmatan Grademark (permakanan dan maklum balas dalam talian) dan Peermark (ulasan sejawat). Turnitin telah memperkenalkan Turnitin2 pada 4 September 2010 dengan mengeluarkan "WriteCycle".[2]