Turus
Turus

Turus

Turus atau tiang dalam seni bina dan kejuruteraan struktur adalah unsur struktur yang mengalirkan berat struktur di atas pada unsur struktur lain di bawah melalui pemampatan. Dengan erti kata lain, turus ialah anggota mampatan. Istilah turus terutamanya digunakan untuk sokongan bulat yang besar (batang turus) dengan kapital (kepala tiang) dengan tapak atau kekaki[1] dan dibuat daripada batu, atau kelihatannya seperti begitu. Penyokong kecil kayu atau logam biasanya dipanggil tonggak, dan disokong dengan bahagian segi empat tepat atau bahagian lain yang bukan bulat biasanya dipanggil tiang sambut. Untuk tujuan kejuruteraan angin ataupun kejuruteraan gempa bumi, turus mungkin direka untuk menentang daya sisi. Anggota-anggota mampatan yang lain sering disebut "turus-turus" kerana mempunyai kondisi tekanan yang sama. Turus-turus yang kerap digunakan untuk menyokong balok atau gerbang di mana bahagian-bahagian atas dinding atau siling-siling lain. Dalam seni bina, "turus" merujuk kepada elemen seperti struktur yang juga mempunyai perkadaran tertentu dan ciri-ciri hiasan. Turus boleh juga dijadikan hiasan elemen yang tidak diperlukan untuk tujuan penstrukturan; kebanyakannya turus ialah "bertaut", ianya bentuk bahagian dari dinding.