Sejarah Tyrannosaurus_rex

Henry Fairfield Osborn, presiden Muzium Sejarah Semula Jadi Amerika, memberi nama Tyrannosaurus rex pada 1905. Nama generik diambil dari bahasa Greek τυραννος (tyrannos, bererti "kejam / penindas (tyrant)") dan σαυρος (sauros, bererti "mengkarung"). Osborn menggunakan bahasa Latin rex, bererti "king", bagi nama khas. Nama binomial dengan itu diterjemah sebagai "raja mengkarung kejam," menegaskan saiz haiwan dan apa yang dianggap penguasaan ke atas spesies lain pada masa itu.[37]

Jumpaan terawal

Vertebrae dinamakan Manospondylus oleh Cope pada tahun 1892 boleh dianggap spesimen pertama diketahui mengenai Tyrannosaurus rex. Barnum Brown, pembantu kurator bagi Muzium Sejarah Semula Jadi Amerika, menjumpai tulang Tyrannosaurus kedua di Wyoming pada tahun 1900. Specimen ini pada mulanya dinamakan Dynamosaurus imperiosus dalam kertas kerja yang sama dimana Tyrannosaurus rex digambarkan.[38] Hanya jikalau tidak kerana nombor mukasurat, Dynamosaurus mungkin menjadi nama rasmi. Bahan asal "Dynamosaurus" disimpan dalam koleksi Muzimu Sejarah Semulajadi, London.[39]

Model skala Tyrannosaurus rex yang tidak pernah dilengkapkan yang dirancang dipamerkan bagi Muzium Sejarah Semula Jadi Amerika oleh H.F. Osborn.

Secara keseluruhan, Barnum Brown menjumpai bahagian dari lima kerangka Tyrannosaurus. Brown mengumpul Tyrannosaurus keduanya pada 1902 dan 1905 di Hell Creek Formation, Montana. Ini adalah holotype yang digunakan bagi mengambarkan Tyrannosaurus rex Osborn, 1905. Pada 1941 ia dijual kepada Muzium Sejarah Semulajadi Carnegie di Pittsburgh, [Pennsylvania. Jumpaan Brown yang keempat dan terbesar, juga dari Hell Creek, dipamerkan di Muzium Sejarah Semulajadi Amerika di New York.[40]

Sungguhpun terdapat banyak kerangka d dunia, hanya satu jejak telah dirakamkan -- di Ladang Philmont Scout di timur laut New Mexico. Ia dijumpai pada tahun 1983 dan dikenal pasti dan direkodkan pada 1994.[41]

Specimen terkenal

Tyrannosaurus Sue, Muzium Lapangan Sejarah Semulajadi, Chicago, menunjukkan bahagian kaki. Tulang 'wishbone' terletak antara kaki belakang.

Sue Hendrickson, amateur paleontologist, menjumpai fosil Tyrannosaurus hampir lengkap (lebih 90%) dan, sehingga 2001 merupakan yang terbesar, di (Hell Creek Formation) berhampiran Faith, South Dakota, pada 12 Ogos 1990. Tyrannosaurus ini, kini dinamakan "Sue" sempena menghormatinya, merupakan objek pertikaian undang-undang mengenai hakmiliknya. Pada tahun 1997 ia diselesaikan kepada Maurice Williams, pemilik asal tanah, dan kumpulan fosil dijual dalam lelongan bagi USD 7.6 juta, menjadikannya rangka dinosaur paling mahal ketika itu. Ia kini telah dipasang dan dipamirkan di Muzium Lapangan Sejarah Semula Jadi. Berasaskan kajian tulang fosilnya, Sue mati ketika berusia 28 tahun, mencapai saiz penuh ketika berusia 19 tahun. Penyelidik melaporkan bahawa rangka awal dewasa dan remaja jijumpai dalam kuari sama seperti Sue; ini mengukuhkan kemungkinan bahawa tyrannosaurs hidup berkeluarga atau berkumpulan.[42]

Tyrannosaurus lain, yang digelar "Stan", sempena ahli paleontologis amateur, Stan Sacrison, dijumpai di Hell Creek Formation berhampiran Buffalo, South Dakota, pada musim bunga 1987. Selepas 30,000 jam menggali dan menyediakan, a 65% tulang lengkap didedahkan. Stan kini dipamerkan di Black Hills Museum of Natural History Exhibit di Hill City, South Dakota, selepas lawatan sedunia meluas. Tyrannosaur ini juga didapati mempunyai banyak tulang pathologis, termasuk tulang rusuk yang patah dan kembali pulih, leher yang patah dan pulih, dan lubang menakjubkan dibelakang kepalanya, bersaiz gigi Tyrannosaurus. Kedua-dua Stan dan Sue diperiksa oleh Peter Larson.