Sejarah UEP_Subang_Jaya

USJ 1, Subang Jaya dibangunkan selepas kejayaan pembangunan perindustrian Petaling Jaya pada tahun 1988.

Ia mula dibina pada 1980an oleh United Estate Project merupakan usaha antara syarikat Sime Darby dengan kerajaan negeri Selangor. Kawasan sekitar USJ 1 asalnya merupakan ladang-ladang getah, kelapa sawit dan lombong biji timah yang diusahakan oleh Sime Darby.Ia kemudian ditukar menjadi kawasan kilang kilaang kerana ladang-ladang dan lombong tidak lagi ekonomik dan merosot.Ia ditukar lagi kepada status kawasan perindustrian dan kawasan perumahan kerana kawasaan sekitarnya mula berkembang dan keperluan .Kawasan USJ 1 mula dikembang dan penduduk semakin bertambah dari tahun ke tahun dan bentuklah sebuan kawasan perumahan yang pesat dan keluasan kawasan USJ 1 sudah mencapai keluasan 50000ekar2.Selain itu, penduduk di kawasan ini sudah mencapai sekurang-kurangnya 2000 orang. Antaranya ialah termasuk 800 orang melayu, 900 orang cina dan 300 orang india. Kawasan USJ 1 terletak di bawah pentadbiran Majlis Pembandaran Subang Jaya (MPSJ). Ini sejajar dengan Pelan struktur Subang Jaya.