Pembangunan UH-60_Black_Hawk

Pada akhir 1960-an, Tentera Darat Amerika Syarikat mula merangka keperluan untuk sebuah helikopter Sistem Pesawat Pengangkut Utiliti Taktikal (SPPUT) bagi mengantikan helikopter UH-1 Iroquois berdasarkan pengalaman Perang Vietnam. Tentera Darat A.S juga memulakan pembangunan enjin turbin General Electric T700 baru untuk helikopternya. Pihak tentera darat memerlukan peningkatan ketara pada keupayaan, ikhtiar hidup dan kebolehpercayaan daripada pesawat SPPUT dan janakuasa.[1] Pihak Tentera Darat A.S kemudian mengeluarkan "Permohonan Cadangan" bagi program SPPUT pada Januari 1972.[2] Empat buah prototaip kemudian telah dibina. Helikopter prototaip pertama (YUH-60) telah melakukan penerbangan sulung pada Oktober 1974, dan telah dinilai bersama-sama helikopter dari firma Boeing-Vertol, iaitu YUH-61A. Sebelum penghantaran prototaip kepada Tentera Darat A.S, a penilaian awal telah dilakukan pada November 1975 bagi memastikan boleh beroperasi dengan selamat semasa ujian.[3] Tiga buah prototaip lagi telah dihantar kepada Tentera Darat A.S pada Mac 1976, dan sebuah darinya telah disimpan oleh Sikorsky untuk tujuan penyelidikan sendiri. Black Hawk telah dipilih untuk pengeluarkan pada Disember 1976. Penghantaran helikopter UH-60A kepada Tentera Darat A.S bermula Oktober 1978 dan memasuki perkhidmatan pada Jun 1979.[4]

Pada akhir 1980-an, model ini telah dinaik taraf kepada UH-60L yang mana memiliki lebih kuasa dan beban muatan dengan pemasangan enjin GE baru model 701C. Pengeluaran model UH-60M pada masa ini akan memanjangkan jangka hayat perkhidmatan helikopter UH-60 sehingga tahun 2020.

Rujukan

WikiPedia: UH-60_Black_Hawk http://www.doppeladler.com/oebh/luftfahrzeuge/blac... http://www.helis.com/programs/uttas.php http://tech.military.com/equipment/view/109343/uh-... http://www.sikorsky.com/sik/products/military/blac... http://www-rucker.army.mil/helicopters/blackhawk.h... http://www.army.mil/factfiles/equipment/aircraft/b... http://www.kamov.net/more-helicopters/sikorsky/uh-... http://www.globalsecurity.org/military/systems/air... http://www.globalsecurity.org/military/systems/air... http://www.globalsecurity.org/military/systems/air...