Lain-lain UVERworld

Album bergambar (photo album) mereka yang pertama ini seperti juga album kedua mereka, BUGRIGHT telah ditunda dari 17 Januari 2007 ke 21 Februari 2007 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Buku ini adalah setebal 160 muka surat dan bersaiz B5. Kandungan buku ini ialah 100 Q&A, gambar-gambar terbaru mereka dan juga semasa mereka masih di tempat asal mereka, temubual dan laporan persembahan mereka.

  • 凛句 (Rinku)

凛句 merupakan sebuah lagu yang digubah khas oleh UVERworld untuk peminat mereka. Ia adalah umpama sebuah lagu pesanan kerana mereka hendak menunjukkan yang mereka berasa kesal dan ingin meminta maaf daripada peminat mereka terhadap apa yang terjadi di antara bulan Disember 2006 hingga Februari 2007 iaitu berlakunya skandal dan mereka terpaksa menghentikan segala aktiviti kumpulan mereka. Pada 10 Februari 2007, UVERworld telah menyambung semula aktiviti mereka dengan mengadakan konsert Xmas Live yang ditangguh sejak bulan Disember 2006. Lagu ini telah didendangkan semasa konsert tersebut. Pada 13 Februari 2007, pukul 2 petang (waktu Jepun), lagu ini dapat didengari oleh semua orang menerusi laman web mereka. Akan tetapi lagu 凛句 ini hanya dapat didengari selama sebulan iaitu dari 13 Februari 2007 hingga 12 Mac 2007.