UVERworld

UVERworld (ウーバーワールド) merupakan sebuah kumpulan J-rock/J-pop di bawah label Sony. Ahli-ahli kumpulan ini berasal dari Shiga, Kansai, Jepun. TAKUYA∞ merupakan peneraju utama kumpulan ini kerana dialah yang menulis lirik, vokalis, dan berupaya bermain pelbagai jenis alat muzik. Nama UVERworld ini berasal dari gabungan perkataan 'über' dan 'over' serta 'world' yang membawa maksud kepada mereka sebagai 'melangkaui dunia mereka sendiri'. Maskot mereka yang digunakan dalam tiga single pertama dan album pertama mereka merupakan sesuatu yang unik dan telah mendapat perhatian orang ramai terutamanya peminat mereka. Maskot yang dinamakan UVER-chan hasil ciptaan David Horvath merupakan gabungan beruang dan kelawar. UVER-chan setakat ini diketahui mempunyai lima warna: merah jambu, hijau, jingga, biru dan putih. Bagi single mereka yang keempat hingga keenam dan album kedua mereka, BUGRIGHT, ilustrasi oleh Wake Up telah digunakan.