Kegunaan Ubi_Bit_Merah

Sebagai akar ubi sayur

Pada kebiasaannya, akar ubi merah yang paling dalam akan dijadikan resipi santapan setelah ia dituai, dibersihkan dan dipotong segar serta direbus sehingga lembut terlebih dahulu. Ia juga turut digunakan sebagai sayuran dalam masakan sayur campur, atau dalam keadaan sejuk ia juga digunakan sebagai hidangan salad yang enak. Hidangan salad ubi bit merah lebih sedap jika dimasak atau digaulkan bersama minyak bijan atau minyak bunga matahari atau minyak zaitun serta ditambah sedikit dengan campuran cuka. Jika tidak suka dengan campuran pelbagai jenis minyak dan cuka, cukuplah hanya sekadar dimakan mentah atau campuran daun saderi, tomato, kentang dan lain-lain jenis sayuran. Sedap dihidangkan dengan campuran mayonis yang sejuk dan segar. Ubi bit kuning pula pada kebiasaannya ditanam ke halaman rumah pada skala penanaman yang amat kecil cukup untuk penggunaan sesuatu isi rumah sahaja.[1]

Daun juga sebagai makanan

Daun pokok Ubi Bit Merah juga boleh dibuat makan, dijadikan sebagai ulam-ulaman, ia lebih sesuai direbus kerana rasa dan teksturnya apabila dimakan lebih seakan-akan seperti memakan sayur bayam.