Kebolehan Uchiha

Klan uchiha sangat terkenal dengan kekuatan dan sifat semulajadi mereka yang dahagakan sesuatu yang berkaitan dengan pertempuran, penggunaan chakura berkuasa dan memiliki kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan jutsu berasaskan elemen api; dengan mencipta beberapa jutsu dan menunjukkan kemahiran menggunakannya berbanding ninja-ninja yang lain. Jutsu kegemaran mereka merupakan Gaya Lepas Sifat Api: Teknik Bola Api Gergasi. Seseorang ahli klan tidak akan diktiraf sebagai orang dewasa oleh ahli-ahli klan Uchiha sehinggalah mereka memahirkan jutsu ini. Klan Uchiha juga dikenali dengan kemahiran mereka menggunakan alatan ninja. Mereka juga turut mencipta banyak teknik menggunakan "shuriken" (pisau terbang) seperti mana Teknik Pisau Terbang Bermata Tiga yang digunakan bersama seutas dawai besi yang diikat kepadanya.

Akan tetapi, klan Uchiha sangat digeruni kerana kebolehan mereka menggunakan Sharingan, sejenis "Kekkei Genkai" yang memberikan mereka keupayaan untuk melihat "warna" chakura, membolehkan mereka menganalisis dan meniru jutsu pihak lawan beserta ebberapa kemahiran lain. Hanya sebahagian sahaja anggota daripada klan Uchiha yang memiliki Sharingan. Oleh kerana sifat mereka yang mendahagakan pertarungan dan kemahiran mereka menggunakan genjutsu, kebanyakkan ninja lain berpendapat bahawa adalah lebih baik dan bersifat taktikal untuk melarikan diri berbanding bertarung apabila berhadapan dengan seorang ninja daripada klan Uchiha dalam perlawanan satu lawan satu.

Madar mendapati bahawa, dengan melihat atau mengalami kematian orang yang rapat dengan mereka memboleh seseorang Uchiha meningkatkan keupayaan Sharingan yang mereka miliki kepada Mangekyō Sharingan. Ia memberikan penggunanya satu kuasa yang baru namun akan membebankan fungsi mata mereka jikalau digunakan secara berlebihan dan mengakibatkan kebutaan. Hanya dengan mengambil dan mengimplankan mata kepunyaan seorang Uchiha yang lain membolehkan mereka melihat semula. Itachi turut menyatakan bahawa keupayaan dan cara mendapatkan Mangekyō Sharingan telah ditemui setelah beberapa siri percubaan dan kegagalan; membuktikan bahawa ramai Uchiha pada waktu dahulu melakukan banyak percubaan untuk memperolehi kuasa hebat Mangekyō Sharingan.